Bolasepak di England dan Eropah digantung sementara berikutan penularan wabak COVID 19.
Bolasepak di England digantung sementara waktu. Sumber Foto : The Guardian |
Namun kelab kelab bolasepak telah mula menyatakan kerisauan jika liga dimulakan lebih awal mereka akan dipersalahkan dengan pelbagai cadangan setakat ini untuk menyambung semula liga.
Laporan The Guardian memetik bahawa beberapa kelab mulai risau mereka akan menjadi "kambing hitam" sekiranya liga dimulakan lebih awal dan menjadi penyumbang kepada peningkatan jangkitan COVID 19.
Peningkatan itu dijangka disebabkan oleh penyokong yang berhimpun di luar stadium meskipun perlawanan diadakan secara tertutup.
Kelab kelab juga menyatakan kerisauan berkaitan kontrak pemain, selain daripada kapasiti ujian yang dilakukan dan juga perlawanan di gelanggang berkecuali.
Kesemua kelab EPL akan kembali bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan cara penyelesaian terbaik untuk menghabiskan baki perlawanan liga sebagai tajuk utama dan dijangka beberapa masalah akan diutarakan.
France merupakan negara terbaru yang menamatkan kempen liga lebih awal, dengan Perdana Menteri telah mengumumkan larangan untuk sebarang perlawanan bolasepak sehingga September hadapan.
Namun begitu kenyataan rasmi dari LFP akan menyusul kemudian.
Ketika ini FA Inggeris masih berhasrat untuk menamatkan baki kempen liga mereka jika keadaan mengizinkan.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment