Skip to main content

Divock Origi : Saya "Main Mata" Dengan TAA Semasa Sepakan Sudut Menentang Barca

Penyerang dari Belgium itu menceritakan apa yang berlaku di dalam bilik persalinan ketika separuh masa pertama Liverpool - Barcelona di Anfield. 

Origi bersama sama Fabinho meraikan jaringan keempat Liverpool ketika menentang Barcelona di Anfield. Sumber : GettyImages
Liverpool ketika itu memerlukan keajaiban untuk menterbalikkan keputusan kekalahan 3 - 0 di Nou Camp sebelum itu. 

Origi terlebih dahulu menjaringkan gol awal sambil menahan asakan Barcelona di separuh masa pertama dengan kelab Catalan itu memerlukan gol di tempat lawan untuk membenam cabaran Liverpool dalam UCL. 

Dan beliau mendedahkan apakah sebenarnya yang berlaku dalam rehat separuh masa di Anfield. 

"Kami membuat perubahan taktikal untuk separuh masa kedua dan cuba bermain sebaik mungkin selepas itu".

"Kami bermain dengan baik dan jurulatih tidak banyak melakukan perubahan. Mereka hanya memberikan kami semangat untuk bermain dengan baik dan kami berkata ianya tidak mustahil. Kami boleh lakukan".

"Ramai pemain bersemangat ketika itu namun semuanya di bawah kawalan".

"Kami berada dalam mental terbaik, mungkin kami tidak berfikir mengenai keputusan lalu dan kami merasai aura yang terdapat dalam bilik persalinan itu".

Gini Wijnaldum menjaringkan dua gol pantas untuk menyamakan agregat dan Origi menceritakan situasinya ketika sepakan sudut itu diambil oleh Trent. 

Tambah Origi :

"Saya melihat bola di padang dan saya mengembalikan bola itu kepada 'budak milo'. Saya melihat pemain lawan mengambil banyak masa untuk kembali ke posisi mereka dan saya lihat siapa yang mengambil sepakan sudut itu untuk saya mengubah kedudukan saya".

"Saya melihat Trent dan kami "main mata" dan merasakan beliau akan melakukan sesuatu yang luar biasa, sambil itu terlihat Pique dan Ter Stegen terkeluar sedikit dari posisinya".

"Rembatan susulan saya itu agak deras dan gembira dapat menjaringkan gol. Mungkin jika nasib saya tidak menyebelahi, bola itu akan ke langit ketujuh. Mungkin tidak semua peminat menyalahkan saya kerana situasi itu sangat sukar namun ianya berlaku dan itulah hasil kerjasama sepasukan".

ADMIN

Corner taken quickly .... oh wonderful goal by Origi. 

Sumber : Liverpool Echo




Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football