Skip to main content

Demba Ba : Stevie G Mungkin Rasa Kecewa Ketika Insiden Menentang Chelsea Pada 2014

Demba Ba menjaringkan gol pembukaan Chelsea sejurus selepas "Gerrard Slip" itu, sekaligus menafikan kejuaraan EPL pertama buat pemain legenda itu. 

Demba Ba menjaringkan gol ketika menentang Liverpool. Sumber : Gettyimages.


Dan beliau merasakan ianya sentiasa menghantui kehidupan Steven Gerrard selepas itu. 

Steven Gerrard meraih hampir semua trofi major sepanjang 17 tahun kariernya namun beliau gagal meraih medal untuk kejuaraan EPL.

Peluang terbaik Gerrard untuk mendapatkan kejuaraan itu datang pada musim 2013 2014, dengan Liverpool ketika itu memerlukan 7 mata dari 3 perlawanan terakhir untuk dinobatkan juara. 

Namun 'insiden tergelincir' oleh Gerrard itu membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pendahuluan dan seterusnya memusnah harapan Gerrard untuk mendapatkan satu satunya kejuaraan liga. 

Willian selepas itu menjaringkan gol kedua dengan Man City selepas itu memenangi kesemua 5 perlawanan liga mereka untuk dinobatkan juara EPL. 

Menurut Demba Ba menerusi Sky Sports :

"Ianya pasti perkara yang menghantui beliau sepanjang masa".

"Jika saya berada di tempat beliau, sudah pasti ianya perasaan yang amat teruk dengan anda telah berkhidmat dengan kelab yang sama begitu lama lebih lebih lagi kelab beliau kehilangan kejuaraan disebabkan kesilapan beliau".

"Sudah pasti saya bersimpati terhadap beliau namun saya tidak terlalu memikirkannya".



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football